Khamis, 24 Mei 2012

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah dah nak bermula..hemmm tak sabar rasanya nak bercuti sebab boleh melepaskan tekanan kerja dengan berjalan ke tempat orang lain.. Bagi yang tak tau mana nak pergi bercuti tu, aku nak bercerita tentang pengalaman bercuti di Langkawi pada Disember tahun lepas.

Perkara pertama yang perlu dirancang ialah tarikh bercuti...tarikh bercuti mesti kena tatap awal-awal sebab mudah untuk menempah hotel atau homestay. Kalau tak tempah awal alamatlah haru nak cari bilik penginapan yang berpadanan dengan budget kat langkawi nanti.. Setelah segala urusan untuk ke langkawi selesai, bermulalah perjalanan ke langkawi yang mengambil masa agak lama dari Johor... sampai di jeti Kuala Perlis, mak aii ramainya orang..sesak giler..nasib baik aku, suami dan anak-anak membawa beg sandang sahaja, jadi senanglah kami nak menyelit diantara orang ramai. Tiba masa naik feri, best jugak sebab dapat tengok pulau yang ada di sekitar pulau langkawi..Pulau Dayang Bunting pun boleh dilihat daripada dalam feri.

 Sampai di Langkawi, bermulalah episod meneroka pulau langkawi..kami menyewa kereta jadi senanglah kami pergi ke satu-satu tempat kerana jauh juga perjalanan untuk ke satu-satu tempat pilihan tu..Cable car...merasai satu pengalaman yang agak menakutkan bagi orang yang takut tempat tinggi... .bila melihat pemandangan dari Cable car ni..Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah.. UnderwaterWorld... penat jugak berjalan sambil lihat hidupan laut yang cantik-cantik..paling best boleh tengok penguin yang tak pernak dilihat sebelum ni.. wildlife world .. boleh lihat binatang di darat pulak..siap bpleh bagi makan kat rusa, burung..

Dalam feri ke Pulau langkawi

sempat lagi posing ye

Dalam cable car...takutttt

Atas Gunung Mat cincang..Stesen pertama

Ni lah gunung yang kami naik menggunakan cable car..amacam? ada berani?

Underwaterworld Langkawi

Bukhari dan ular..

Safwanah dan ular

Syafiqah dan ular...ibu tengok dari jauh je..geliiii
Pantai di langkawi pun cantik.. apalagi kawan-kawan..jom kita ke Langkawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan