Rabu, 30 Mei 2012

Hepi time

Hari ni aku nak cerita pulak tentang Gambang Waterpark..Sebenarnya aku dah 2 kali pergi kat sini. Saja je pergi sebab budak-budak suka kat air..dan dekat je dari Mersing.

Kali pertama pergi, menginap di Gambang Waterpark Resort... best gak tempat tu..malam-malam happening dengan fun fair yang dibuka di resort... adoyai duit yang tak tahan tuuuu ..Ada juga kereta kuda yang boleh membawa bersiar-siar di sekitar resort..

Dari resort, kalau nak naik train pun boleh..Train disediakan dari resort ke Gambang Waterpark..kena bayar lah ye kalau naik train.. Aku malas nak naik train , so terus je bawak kereta dari resort ke tempat permainan air.. banyak parking, tak payah risau..

Sampai kat Gambang waterpark, tak tertahan nak terjun kat air..Jangan bawa makanan dan minuman ye sebab kena check tuuu... Kat dalam waterpark ni dah disediakan loker, pelampung, tandas, surau dan cafe..sediakan duit je ha ha ha  

Punyalah seronok main air, hingga tak sedar dah tiga jam kat situ..Anak-anak macsm tsk nsk naik lagi.. adusss macam mana ni???? lain kali kita pergi lagi ye, tu je lah alasan yang diberi supaya anak-anak naik dan pulang semula ke mersing...

Pemandangan di resort
Kolam renang kat resort
bukan main...posing kat kolam renang ye
Gambang waterpark
posing lagi kat kolam ha ha ha
bersantai waktu petang di resort
naik kereta kuda
coco beach gambang waterpark
penat weii..masuk bilik rileks lahh

En Zul yang sibuk melayan anak

tempat kanak-kanak
Best pe pergi gambang.....

Khamis, 24 Mei 2012

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah dah nak bermula..hemmm tak sabar rasanya nak bercuti sebab boleh melepaskan tekanan kerja dengan berjalan ke tempat orang lain.. Bagi yang tak tau mana nak pergi bercuti tu, aku nak bercerita tentang pengalaman bercuti di Langkawi pada Disember tahun lepas.

Perkara pertama yang perlu dirancang ialah tarikh bercuti...tarikh bercuti mesti kena tatap awal-awal sebab mudah untuk menempah hotel atau homestay. Kalau tak tempah awal alamatlah haru nak cari bilik penginapan yang berpadanan dengan budget kat langkawi nanti.. Setelah segala urusan untuk ke langkawi selesai, bermulalah perjalanan ke langkawi yang mengambil masa agak lama dari Johor... sampai di jeti Kuala Perlis, mak aii ramainya orang..sesak giler..nasib baik aku, suami dan anak-anak membawa beg sandang sahaja, jadi senanglah kami nak menyelit diantara orang ramai. Tiba masa naik feri, best jugak sebab dapat tengok pulau yang ada di sekitar pulau langkawi..Pulau Dayang Bunting pun boleh dilihat daripada dalam feri.

 Sampai di Langkawi, bermulalah episod meneroka pulau langkawi..kami menyewa kereta jadi senanglah kami pergi ke satu-satu tempat kerana jauh juga perjalanan untuk ke satu-satu tempat pilihan tu..Cable car...merasai satu pengalaman yang agak menakutkan bagi orang yang takut tempat tinggi... .bila melihat pemandangan dari Cable car ni..Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah.. UnderwaterWorld... penat jugak berjalan sambil lihat hidupan laut yang cantik-cantik..paling best boleh tengok penguin yang tak pernak dilihat sebelum ni.. wildlife world .. boleh lihat binatang di darat pulak..siap bpleh bagi makan kat rusa, burung..

Dalam feri ke Pulau langkawi

sempat lagi posing ye

Dalam cable car...takutttt

Atas Gunung Mat cincang..Stesen pertama

Ni lah gunung yang kami naik menggunakan cable car..amacam? ada berani?

Underwaterworld Langkawi

Bukhari dan ular..

Safwanah dan ular

Syafiqah dan ular...ibu tengok dari jauh je..geliiii
Pantai di langkawi pun cantik.. apalagi kawan-kawan..jom kita ke Langkawi

Rabu, 9 Mei 2012

Berbudi pada tanah

Penat jugak hari ni... pegi kursus pena skor kat PKG mersing..walaupun badan letih, aku nak story gak pasal tanaman yang ada kat rumah aku...

Mula-mula aku buat rumah, tengok tanah kat keliling rumah macam tak boleh bertanam...tapi aku dan My hubby cuba gak tanam sayur-sayuran.. kami tanam kacang panjang, tomato, bendi dancili...yang jadinya cuba tomato dan kacang panjang jer..yang lain macam hidup segan, mati tak mau he he he

Kemudian my hubby tanam pokok mangga sebab kami sekeluarga suka makan mangga..Tanam tiga batang pokok tapi sepokok dah selamat tak de sebab tak terbela he he he...masa mula-mula berbuah, teruja betul nak menunggu masak sebab nak rasa buah yang ditanam sendiri...wahhhh bestnya..tapi ada bab yang tak best. sekumpulan monyet mencuri 12 biji mangga ku waaaaa akhirnya setelah penat bersusah payah, dapat jugak makan mangga sendiri dan dapat beri pada mak dan adik beradik sikit ...

Lepas tu,pisang kami pulak berbuah... best betul lah... yang tak bestnya sebab dah ada kulit pisang masak kat perdu pokok...wahhhh kena lagi dengan sang monyet...(ambillah monyet, aku sedekah kat kau he he he)
Pisang lemak manis, dah berkali-kali berbuah dan masak..Pisang nipah pulak yang masak... tandannya fulamak...besar dan berat. payah gak ler my hubby tebang dan angkut pisang tu.. dapat gak kami makan pisang nipah ni dan diberi pada kawan-kawan, jiran dan adik beradik. Alhamdulilahhhh




Mangga 










pisang nipah




Jumaat, 4 Mei 2012

Murid baru

tengah hari tadi ada seorang warga pakistan nak daftarkan anak ke sekolah... wak oiiii comelnya budak2 tu..putih melepaak.. Budak2 tu nak masuk darjah 1 dan 3.. tapi macam mana ek.. diaorang tu tak tau berbahasa inggeris mahupun melayu... nak ajar macam mana.. cikgu2 pun tak tau berbahasa pakistan.. nak kena pegi kursus bahasa pakistan pulak dah ha ha ha.. kesian pulak tengok budak tu. nak sekolah kat mana kat mersing ni..

hari yang ceria

Jumaat... hari yang ditunggu-tunggu. kerana apa??? sebab esok dan hari ahad boleh cuti dan rileks kat rumah..Rasa macam lega sangat hari ni.. dalam bulan april yang lepas, tak de dalam kamus hidup aku dapat cuti hari sabtu.. ada je aktiviti kat sekolah..adoiii demi tugas aku gagahkan diri pergi ke sekolah..esok cuti hari wesak tapi nak kena pegi kenduri kawin sepu hubby kat kahang..

dua hari lepas, kelam kabut sikit aktiviti harian sebab hubby kena pegi kursus kat Muar... semua kerja kena lakukan sendiri ..macam tak cukup tangan..penat janganlah cerita. akhirnya aku ajak je anak2 makan malam kat luar sebab dah tak larat nak masak.. Diaorang tu suka je.. hari Khamis pulak Nana dan Ayi terpaksa ponteng sekolah agama..tak de siapa yang nak ambil dari sekolah sementara aku ada mesyuarat hingga pukul 2.00 petang..nasiblah..ibu pegi mesyuarat, anak terpaksa ponteng sekolah agama..Hubby balik je dari Muar...wahhh barulah lega sikit..

Iqa yang lebih bertanggungjawab terhadap adik-adik..syabas kak!
Ayi yang tak reti duduk diam

nana yang sangat suka melukis