Jumaat, 28 Jun 2013

trip ke Cameron Highland

Dah lama tak jenguk blog ni...bukan setakat bersawang tapi dah hampir nak jadi antik ha ha ha...hampir 7 bulan tak jenguk..

Hari ni aku nak cerita tentang trip kami sekeluarga ke Cameron Highland.. Biasa ler, yang jadi ketua rombongan tentulah my hubby terchenta En. Zul.   Kami mula merancang untuk ke Cameron apabila ayah aku cakap nak petik strawberi kat cameron..jadi bermula lah kerja-kerja yang perlu dilaksanakan untuk ke sana..

Mula-mula tanya En Google tentang homestay kat cameron..dah dapat le..kat Imperial Court Apartment..luas dan selesa serta berhadapan dengan pasar malam brinchang..satu hari RM350..Lepas tu, tanya En Google tentang jalan paling selamat dan selesa untuk ke sana. kami ambil keputusan untuk melalui jalan Mersing - Kuala Lipis- Sungai Koyan- Cameron Highland.  Memang jalan besar dan tak curam plus tak banyak kenderaan..

Setelah siap semua, kami memulakan trip ke Cameron dengan ahli rombongan seramai 17 orang pada pukul 8.00 pagi. punya ler banyak berhenti sebab bawa kanak-kanak hingga ahkirnya kami sampai ke brinchang pada pukul  7.30 malam. letih seluruh badan dan rasa bergoyang-goyang jer.

Suasana sejuk di cameron highland dan disertai dengan penat, kami menghabiskan malam dengan membersihkan diri serta tidur je..Esok baru pergi meronda ye...

Dapat jalan dua hari ke rose valley, bee farm, butterfly farm, MARDI, cactus valley dan KEA farm, ladang teh dan pasar malam brinchang..KEA farm siap borong sayur lagi ...sungguh puashati.  Dalam perjalanan dan balik, kami pergi lagi kat KEA Farm nak borong sayur dan brokoli goreng yang sedap tuuu nyumm nyummm

Banyak tempat juga kami pergi jejalan kat cameron ni dalam masa 2 hari..tapi my hubby kata next time nak pegi lagi...yo lah tu bangggg..Trip kali ni adalah trip terakhir yang disertai oleh arwah ayahku tapi puashati kerana dapat bawa dia petik strawberi kat cameron highland..

Jalan Sungai Koyan- Cameron Highland

Imperal Court Apartment tingkat 5. kat bawah tu lah pasar malam brinchang..

Rose Valley

strawberi....strawberi

cameron tea valley

smoke house lagiii

smoke house

MARDI

MARDI

uiiiiii banyaknya petik..

ahli  rombongan di hadapan smoke house

posing dalam kereta ye

rose valley lagi