Ahad, 9 Disember 2012

Keras tangan part 2

Dah lama aku tak bukak dan update blog ni...sibuk jer memanjang ha ha ha  tengah teman suami buat kerja dia, aku pun layan blog. nak tengok tv, anak pulak tengah tengok The Voice..he he he

Aku nak sambung cerita keras tangan aku ni ..Hantaran yang aku buat untuk sepupu yang berkahwin pada hari raya aidiladha yang lepas..maaf le kalau tak berapa cantik. bukan pe, aku mengalami sedikit ketensionan sebab kerja yang datang menimpa2 masa tu..

Masa nak cuti raya tu lah SPPPBS nak kena update, SAPS nak kena isi...tu belum lagi nak tengok fail untuk pemantauan SPSK...adoyai rasa macam nak meroyan..lepas tu, dpt surat pulak kena temuduga kat Hotel Sri malaysia JB lepas raya...memang le temuduga tu aku tunggu2 sejak tahun lepas, tapi dengan keadaan aku banyak kerja ni, rasa mcm nak menjerit je sebab tak boleh nak study untuk temuduga..

kat sini aku letak hasil keras tangan aku ni ye. cuma separuh je sebab aku buat 13 buah hantaran...layannnnn