cerita aku hari ni tentang orang yang malas nak masak...saper lagi akulah he he he
Kat sini, selalu hujan masa petang....hu hu hu nak keluar ngeteh pun tak boleh..dah lama tak keluar minum dengan En Zul dan anak-anak.. kalau hujan biasa je tak pe tapi ni dah sampai tahap petir sabung menyabung...buat aku rasa nak menyorok je bawah selimut...
perut pulak dah lapar..macam mana ni???? Dalam peti ais ada mee je..apalagi tiba idea nak masak untuk mengisi perut aku dan anak-anak yang dah lapar time hujan macam ni..
Sayur tak de lah pulak..aku suruh je En Zul beli lauk kat pasaraya..En Zul pulak ajak aku dan anak-anak teman dia...waaaaa aku takut tapi kesian kat dia, aku ikut je lah..Rasa kecut perut tengok kilat dari dalam kereta.
dah ada semua bahan, aku pun bersilat le kat dapur untuk masak...campak-campak je..dua hari menu minum petang merangkap malam ialah mee goreng basah dan mee bandung...
Ahad, 3 Jun 2012
Jumaat, 1 Jun 2012
Pelukis dalam keluarga kecilku
Hari ni aku nak story tentang orang yang suka melukis dalam keluarga ku...dah tentunya bukan aku sebab aku tak pandai melukis ha ha ha...masa aku tingkatan dua, aku pernah digelakkan oleh guru lukisan aku gara-gara aku melukis orang yang mencangkul tapi nampak macam sedang main golf...adoyaiii maluya tak terkira.
Kat sekolah, jika aku hendak melukis mural di dinding kelas, orang yang aku cari ialah En Hubby kerana dia memang pandai melukis dan suka melukis..maklumlah abah my hubby ni pun pandai melukis jadi dimana kuah kalau tak tumpah ke nasi kan ...aku memang suka tengok my hubby melukis kerana memang cantik..sayangnya sekarang dia dah tak de masa nak melukis...banyak kerja lain katanya..
Antara tiga orang putera dan puteriku yang mengikut jejak ayahnya ialah Nana...baru darjah dua tapi waktu terluang diisi dengan melukis dan membuat benda-benda kreatif..Dek kerana minat anaknya ini melukis, my hubby telah membelikan Nana kertas lukisan hingga 3 buku, water colour, berus yang bermacam saiz dan lain-lain alatan melukis..apalagi anakku ini gembira tak terkata..
Selain melukis, Nana juga gemar rancangan art attack di televisyen...lepas tu apalagi..habis segala kotak, kertas warna hingga mangkuk plastik dikerjakan untuk dijadikan macam-macam benda...
aku berharap, semoga minat nana untuk melukis tidak separuh jalan macam ayahnya ha ha haaaa

Nana.. |
hasil tangan my hubby yang separuh siap...bila lagi nak siap bang oiiii
|
hasil tangan Nana |
lukisan budak umur 8 tahun ni |
Langgan:
Catatan (Atom)