Jumaat, 28 Jun 2013

trip ke Cameron Highland

Dah lama tak jenguk blog ni...bukan setakat bersawang tapi dah hampir nak jadi antik ha ha ha...hampir 7 bulan tak jenguk..

Hari ni aku nak cerita tentang trip kami sekeluarga ke Cameron Highland.. Biasa ler, yang jadi ketua rombongan tentulah my hubby terchenta En. Zul.   Kami mula merancang untuk ke Cameron apabila ayah aku cakap nak petik strawberi kat cameron..jadi bermula lah kerja-kerja yang perlu dilaksanakan untuk ke sana..

Mula-mula tanya En Google tentang homestay kat cameron..dah dapat le..kat Imperial Court Apartment..luas dan selesa serta berhadapan dengan pasar malam brinchang..satu hari RM350..Lepas tu, tanya En Google tentang jalan paling selamat dan selesa untuk ke sana. kami ambil keputusan untuk melalui jalan Mersing - Kuala Lipis- Sungai Koyan- Cameron Highland.  Memang jalan besar dan tak curam plus tak banyak kenderaan..

Setelah siap semua, kami memulakan trip ke Cameron dengan ahli rombongan seramai 17 orang pada pukul 8.00 pagi. punya ler banyak berhenti sebab bawa kanak-kanak hingga ahkirnya kami sampai ke brinchang pada pukul  7.30 malam. letih seluruh badan dan rasa bergoyang-goyang jer.

Suasana sejuk di cameron highland dan disertai dengan penat, kami menghabiskan malam dengan membersihkan diri serta tidur je..Esok baru pergi meronda ye...

Dapat jalan dua hari ke rose valley, bee farm, butterfly farm, MARDI, cactus valley dan KEA farm, ladang teh dan pasar malam brinchang..KEA farm siap borong sayur lagi ...sungguh puashati.  Dalam perjalanan dan balik, kami pergi lagi kat KEA Farm nak borong sayur dan brokoli goreng yang sedap tuuu nyumm nyummm

Banyak tempat juga kami pergi jejalan kat cameron ni dalam masa 2 hari..tapi my hubby kata next time nak pegi lagi...yo lah tu bangggg..Trip kali ni adalah trip terakhir yang disertai oleh arwah ayahku tapi puashati kerana dapat bawa dia petik strawberi kat cameron highland..

Jalan Sungai Koyan- Cameron Highland

Imperal Court Apartment tingkat 5. kat bawah tu lah pasar malam brinchang..

Rose Valley

strawberi....strawberi

cameron tea valley

smoke house lagiii

smoke house

MARDI

MARDI

uiiiiii banyaknya petik..

ahli  rombongan di hadapan smoke house

posing dalam kereta ye

rose valley lagi

Ahad, 9 Disember 2012

Keras tangan part 2

Dah lama aku tak bukak dan update blog ni...sibuk jer memanjang ha ha ha  tengah teman suami buat kerja dia, aku pun layan blog. nak tengok tv, anak pulak tengah tengok The Voice..he he he

Aku nak sambung cerita keras tangan aku ni ..Hantaran yang aku buat untuk sepupu yang berkahwin pada hari raya aidiladha yang lepas..maaf le kalau tak berapa cantik. bukan pe, aku mengalami sedikit ketensionan sebab kerja yang datang menimpa2 masa tu..

Masa nak cuti raya tu lah SPPPBS nak kena update, SAPS nak kena isi...tu belum lagi nak tengok fail untuk pemantauan SPSK...adoyai rasa macam nak meroyan..lepas tu, dpt surat pulak kena temuduga kat Hotel Sri malaysia JB lepas raya...memang le temuduga tu aku tunggu2 sejak tahun lepas, tapi dengan keadaan aku banyak kerja ni, rasa mcm nak menjerit je sebab tak boleh nak study untuk temuduga..

kat sini aku letak hasil keras tangan aku ni ye. cuma separuh je sebab aku buat 13 buah hantaran...layannnnn


















Jumaat, 10 Ogos 2012

keras tangan he he he

Hari ni aku nak cerita tentang aku yang tak berapa kreatif ni....

Pada bulan Jun yang lepas,ada permintaan untuk aku tolong buat hantaran sepupu yang nak bertunang...adoyaiii dah lama dah tak buat hantaran ni..rasa macam dah tumpul idea ni..tapi sebab nak tolong punya pasal, aku buat jugak ler dengan memerah idea yang tak kreatif ni..

Sebenarnya aku pernah ler masuk pertandingan membuat hantaran masa kat maktab di penang dan sungai petani.. masa kat MPSP Penang dapat gak ler jadi juara.. kat MPSAH Pungai Petani dapat naib juara jer..kalah dengan mamat2 lembut yang memang kreatif..malu siot kalah dengan lelaki..hua hua hua..

kat sini aku sertakan hasil keras tangan ku yang memang sempoi abissss












Rabu, 8 Ogos 2012

jejalan

Dah lama aku tak up date blog aku yang suram ni hehehe...tak de masa yang betul-betul banyak nak  mengadap blog plus tak de mood... sekarang ni ada lah masa sikit nak menjenguk blog ni sementara menunggu latihan murid yang aku print..

Aku sekeluarga ni suka sangat pegi melaka...sebab En Zul tersayang ku tu suka masuk muzium...hu hu hu (kami pun terpaksa masuk gak ler).. lepas masuk muzium, nak ambik hati anak-anak, pi ler taman rama-rama dan planetarium ...oleh gak arrr sebab belum pernah lagi pegi kat situ.  dapat menambah pengetahuan tentang angkasa ..lepas tengok tayangan tentang angkasa, ayie pun bercita-cita nak jadi angkasawan ... adoyaiii